SENI VISUAL@SENI TAMPAK

Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad. Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.


Visual atau Tampak secara Terminologi :

-      Boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis.

Seni dalam pendidikan menggabungkan tiga elemen :
a)     seni visual melibatkan lukisan
b)   seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti
c)    seni muzik interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.


Kategori seni : 
Ø  Seni Persembahan (meliputi seni lakon, seni suara dan sebagainya)
Ø  Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen, puisi, skrip drama dan sebagainya)
Ø  Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya)

No comments:

Post a Comment