MATLAMAT & OBJEKTIF SENI

Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. 

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah :

o   Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukkan asas seni visual.

o   Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah adalah:

1.   Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,

2.  Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.

3.  Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.

4.  Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,

5.  Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

6.  Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,

7.  Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,

8.  Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,

9.  Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
                           

10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

1 comment: