Sunday 24 November 2013

TAKRIFAN SENI



Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Pada tahun 1930an satu kaijan telah dibuat oleh Owatonna Art Education Study Project  , University of Minnesota - mengangkat slogan " Art , a way of life" iaitu seni Halus tidak seharusnya terasing dengan Seni Gunaan kerana kedua-duanya merangkumi aspek kehidupan.


Pendapat yang berbeza dalam  mendefinasikan maksud seni disebabkan oleh beberapa faktor bergantung kepada :

       §  Tinggi atau rendahnya ilmu pengetahuan seseorang
       §  Falsafah , estetik dan pegangan budaya seseorang atau sesuatu bangsa
       §   Zaman atau era ( masa )




Kamus Dewan Edisi Baru:
o   Seni didefinisikan sebagai ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehanmencipta sesuatu yang indah. Seni secara umum agak luas seperti seni tari, seni muzik,seni bina, seni lakon, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraf, seni penulisan dan sebagainya.


Imam Muslim ( Kitab Al-Iman ):
o   Seni sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni.


Herbert Read ( Buku The Meaning of Arts ):
o   Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.


Frank Cizek :
o   Seni adalah daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri dengan cara memberikan ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikiran .